Laman Utama arrow Berita & Aktiviti arrow Berita KDRMS arrow PERUTUSAN PENGARAH
Menu Utama
Sili klik sini untuk membuat aduan online
e-Learning
Sila klik sini untuk ke Kastam Webmail
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini47
PERUTUSAN PENGARAH PDF Cetak Emel
PKN
 
Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat di dalam mengemaskini dan menambahbaik Laman Web Kastam Diraja Malaysia, Selangor.
Laman Web ini telah dengan rasminya dilancarkan pada 13 November 1999 dan proses mengemaskini telah dilakukan secara berterusan. Namun pada kali ini, bersesuaian dengan arus perkembangan teknologi dan komunikasi, laman web ini telah dikemaskini dan diperbaiki serta berwajah baru dengan pelbagai maklumat terkini.

Sebagai sebuah jabatan yang progresif, Kastam Diraja Malaysia Selangor adalah merupakan sebuah organisasi yang prihatin dan sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa. Justeru itu KDRM Selangor telah menjadi peneraju IT di dalam banyak projek Jabatan Kastam seperti Sistem Maklumat Kastam, e-Eksais, e-Aduan secara online. Kesemua projek ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Ianya juga selaras dengan budaya KDRM Selangor “Selangor One Plus” dan selari dengan wawasan kerajaan negeri untuk menjadi Selangor negeri maju menjelang 2005.

Menyedari hasrat kerajaan untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah ‘Hub Centre’ dan pelabuhan utama di rantau ini, Kastam Diraja Malaysia Selangor telah meningkatkan fasilitasi, modernization dan simplification of procedure (Reengineering) perkastaman di samping meningkatkan penggunaan IT di dalam semua urusan. Di harap dengan semua usaha yang telah, sedang dan bakal dijalankan akan menjadikan KDRM Selangor lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


DATO' HAJI ROSLAN BIN YUSOF
Pengarah Kastam Negeri
Selangor
 

 
< Prev   Seterusnya >
PENAFIAN : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini. © 2007-2010 Cawangan Teknologi Maklumat
Laman Utama | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Hubungi Kami
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.